
![]() ![]() ► Diary ![]()
| nukilan dari hati
Tuesday, 4 June 2013 | 11:14 | 0 sweet cupcake
Assalamualaikum
Rasa macam kurang
sesuatu , bila pejam mata semua gelap tiada yang terang yang boleh dijadikan
sebagai satu pandu arah dalam kehidupan . apa yang dirasakan hanya lah takut
untuk menghadapi kesakitan dan kekecewaan dalam hidup . sentiasa berharap agar apa yang dimiliki
sekarang kekal sehingga bila-bila dan taknak ianya pergi meninggalkan diriku
ini . tapi sampai bila ianya akan bertahan dengan kita , akan kekal bersama
dengan kita ? bila dah letik , bila dah penat , bila dah jemu dengan kita ,
dengan kerenah kita yang hanya dibuat buat untuk menilai mereka akhirnya ianya
pergi juga meninggalkan kita seperti tiada apa yang berlaku sebelum ini diantara KITA . ianya berlalu didepan
mata dengan pantas sekali , rasanya seperti baru semalam ku berkenalan dengan
nya . berkenalan dengan kegembiraan ini . indah sekali . jiwa ini rasa seperti
tiada masalah takkala ku berkenalan
dengan kegembiraan ini . semuanya indah , semuanya sempurna di mata ini . sehingga membuatkan aku lupa yang ini semua
hanyalah duniawi semata mata . aku alpha dengan semuanya .
Kini aku seperti dulu
, dulu yang tersangat dulu . dan aku rasa lebih tenang berbanding `dulu’ yang
ku sangkakan bahagia . Hmm semuanya hanya lah tinggal kenangan , ku abadi kan
di dalam ingatan .
Ya Allah berikan lah aku petunjuk untuk menjalani liku liku kehidupan yang mendatang , agar dapat aku jalaninya dengan tenang . amin
|